Tuesday, December 16, 2014

Bengkel dan Hitam

Minggu kedua bergelar RA. Research Assistant.

Minggu ni sarat dengan bengkel. Kesemuanya ada 3 bengkel yang aku kena attend. Malangnya, satu satunya perkara yang aku suka bila attend workshop adalah makanan free. Ya, its free.


                                         

Untuk yang bukan attend workshop pon boleh menikmati bersama sama. Hmm.

Bengkel tu agak mendung dengan derusan penghawa dingin yang menusuk ke tulang dan sepoi sepoi bahasa alunan speaker yang mengundang syaitan untuk bergayut di mata.

'Cis, Tertidur lagi!' kataku dalam hati bila menyedari mata speaker tertumpu ke arah aku.

Ok, aku malu.

Dan aku kembali mengulangi kesalahan pertama bila aku teringat kata kata Matluthfi dalam bukunya

                                   
                                   "There's nothing wrong learning your mistake twice"

Hiks.

Habis saja bengkel, aku bersiap untuk pulang. Sedang asyik menipiskan skrin telefon, aku ditegur si rakan yang kami gelar Men. Aku tak pasti gelaran Men itu diberikan atas sebab apa.
Mungkin kerana Men itu bermaksud lelaki atau dia pernah memegang watak semua superhero yang disimpulkan menjadi Men.

Lame.

Aku kemudian berjalan ke arah mereka dan mengambil satu tempat untuk melabuhkan punggung. Mereka seronok bersenda antara satu sama lain. Aku senyum sambil menghirup Teh O panas di atas meja.

"Man, kenapa kau nampak makin hitam?" Ujarku.

"Hitam tak apa. Jangan kulit hitam tak nak mengaku hitam sudah lah" balas Man.

Kata kata itu diselangi dengan jelingan dari jiran sebelah kerusi yang kemudian bersuara

"Itu tak apa. Kalau orang yang hitam mengutuk orang hitam jugak." Amy cuba berhujah.

Ketawa. Man dan Amy bertikam lidah.

Lalu aku berseloroh "Biar kulit hitam, jangan hati turut hitam."

Deep.


Men meletuskan ketawa yang agak ikhlas lalu berkata

"Kalau macam tu, hati kau hitam la amy! Kah!"


Amy mati kata kata.



                                          

Monday, December 15, 2014

Professor dan ingatan



Selepas 6 bulan tinggalkan uni, akhirnya aku jejak jugak kaki kat sini. Kembali sebagai seorang student. Ya, student. Student yang tak pernah terlintas kat kepala otak aku. Hik.

Hampir dua minggu aku berulang alik dari fakulti ke fakulti demi mendapatkan contengan rawak seorang doktor falsafah yang sering mengelakkan diri dari berjumpa.
Ok, tak. Beliau sibuk gila kelas merata rata.

Sedang berjalan seiring dengan seorang teman yang aku gelar J, aku terserempak dengan seorang Professor yang pernah mengajar kelas kami dulu.

Aku pun tersenyum seraya berkata "Eh, Prof!"

Dia berpaling sambil menunjukkan sebaris gigi yang sudah berusia 60 tahun itu. Aku kehairanan.


"Awat Prof macam tak kenal dengan kita dah?"

"Dia dah ada student baru, lupa lah yang lama" kata J.


                                                              

Hmm.

Aku imbas kembali. Dulu Prof pernah suruh buat report lab maximum 30 pages. Bila hari kejadian tu, kami dikejutkan dengan lantangan suara dari meja depan.

"Kenapa sikit sangat muka surat report ni? Kan aku suruh buat 50 pages"

Nganga.

"Haah kan. Apa yang dia ajar dalam kelas dulu pon mana dia pernah ingat"


Terima kasih Prof atas ilmu.
Hiks.