Family.
Orang kata setiap pertemuan akan ada perpisahan. Antara
perkara yang aku tak suka sebab diri ini senang untuk sayang orang dan berat
nak lepaskan pergi. Kat bumi hang tuah ni, aku mulakan hidup sebagai seorang
manusia yang baru nak belajar erti hidup. Jauh dari family kat Sarawak. Silat
adalah family kedua yang aku ada kat Melaka. Masa mula2 join silat kat utem,
ada orang promote silat cekak hanafi kat dewan besar. Aku pon main daftar je
sebab minat tu ada. Ingat lagi masa tu Shafiq Suhaimi yang hulur borang dan
bagi aku brooch silat. Benda pertama yang aku dapat dalam silat ni.
Ijazah asas dekat
masjid utem.
malam tu aku ada kelas ganti falsafah dan sains teknologi
kat pbpi. Aku mintak kebenaran untuk hadir ijazah. Masa tu kak nurul yang ambil
aku naik motosikal legend dia dan bawak aku pergi masjid. Kak nurul effort gila
nak bagi orang ijazah sampai sanggup ambil. Aku respect. 1st
impression untuk budak silat. Bertanggungjawab.
Tahun 1 Sem 1, 2010.
Bila aku turun kelas pertama, aku nampak kakak2 and abang2
senior siap dengan uniform dan tali pinggang. Masa tu kelas setiap isnin dan
khamis. Aku tak kenal siapa2 pon masa tu. Partner tiap2 kali kelas semua tak
pernah tetap. Satu sebab aku tinggi, tak da siapa nak partner dengan aku. Kah!
dan hari isnin hari yang tough bagi aku sebab kelas dari kol 8 pagi sampai 7
malam. Kelas silat pulak kol 8 malam. Habis je bengkel kol 7malam, aku jalan
kaki dari fkp ke padang softball nun jauh dibelakang sorang2. Kadang2 ada
makcik guard yang ronda bagi aku tumpang motosikal dia. Masa tu aku tak pernah
terfikir pon rasa penat berjalan jauh sebab passion untuk belajar silat tu
tinggi walaupun sorang2. Balik pon sorang2 jalan kaki dari padang softball ke
cafe fke tunggu bas. Rutin setiap isnin. Masuk peringkat lain, aku kenal
beberapa kawan walaupun tak rapat. Tapi tak lama lepas aku tahu rumet aku, kak
sai ahli silat jugak, aku rasa seronok sebab ada orang sudi jugak nak berbual
dengan aku. Dan bila lama aku tak datang
kelas sebab demam, aku banyak ketinggalan buah.
Budak2 yang sama batch dah pergi ke peringkat lain. Tinggallah aku
sorang2 peringkat tu je. Aku ingat lagi senior pertama yang tegur aku, izmi
hasnan. Dia je yang Tanya aku kenapa lama x datang. Masa tu terharu sebab ada
orang ambil tahu. Rasa dihargai. Lol.
1st
partner and always my best partner.
dan aku ada partner yang sampai sekarang stay walaupun dia
dah keje kat Johor sekarang. Noor Amera. Aku panggil dia amer. Amer ni la yang paling
sabar mengajar even selalu kena sepak tumbuk terajang dengan aku. Rasa nak
menangis pon ada. Haha!
Silat dan jeans.
Pernah sekali aku dating kelas tapi lupa nak bawak baju
tukar. Aku redah je datang kelas dengan tshirt dan seluar jeans walaupun malu.
Kah! Izmi hasnan gelakkan aku. Cis! Masa tu Abg Nazir masih jaga kelas kat utem
dan siap kutip pin tudung aku yang jatuh. Dia kata kalau aku tak buat buah
betul2, dia x bagi balik kerongsang aku tu. Nasib baik dapat balik habis kelas.
Kehkeh!
Wajadiri Melaka 2011,
Si Jantung Hati.
Kejohanan wajadiri Melaka 2011, utem jadi tuan rumah. Aku
belum lagi tamat masa tu. Tapi kak sai ajak jadi Ajk untuk program tu. Ajk
keselamatan. Yang pakai macam vess kuning terang tu. Kah! Lepas wajadiri tu,
budak2 silat buat bbq kat Tanjung Bidara. Masa tu hari jadi Azam Ahmad, antara
senior yang aku paling rapat. Dan kat sini jugak aku jumpa jodoh dengan tunang
aku sekarang, Mohamad Fahmi. Mungkin
berkat ayam perapan Abang Man tu penuh kasih sayang sampai mampu mengikat dua
hati. Pfffttttt. Haha!
Wajadiri Negeri
Sembilan 2012, 5 Emas 1 Gangsa & Pesilat terbaik!
Lepas dari bbq tu, aku mula rapat dengan yang lain. Dah
boleh kuar tanduk masing2 dah. Wajadiri pertama aku join kat utem, Kami banyak
menang. Aben cakap bas berat balik Melaka, sebab bawak emas balik banyak
sangat. Dan Aben, si apek cina pendek yang selalu cari pasal nak bergadoh. Partner
dia, nanamichi kachibana, Nazrin yang menang pesilat terbaik. Lepas wajadiri
negeri Sembilan, ramai yang dah final semester. Ramai yang pergi tinggalkan
utem. Fahmi yasin, senior mulut longkang (bukan aku cakap) yang banyak tolong
aku pasal projek, ajar buat litar untuk product kebanggaan aku. Hee! Izzat
Afandi & Azam Ahmad yang tinggal beberapa lorong dari rumah aku dulu, yang
banyak tolong dan ambil berat sampai sekarang. Kalau dorang takda, tak tahu la
berapa kilo berat aku. Lol! Kak ila yang sempoi, baik gila. Tumbukan paling
padu aku pernah dapat dari dia. Tak lupa Faiz, paan, kak zera, kak fifi, shah,
aj, apis, ab, eka, ayu, alia, ani, fyqa, zhafri, kak sai. Lepas habis batch ni,
padang softball tak semeriah dulu. Kadang2 sunyi tak ada orang pon turun
kelas.... .....sebab kelas cancel. Hehe. Perpisahan pertama yang aku hadap.
Semangat hilang sikit demi sikit.
Pelapis baru.
Final semester degree. Kadang2 aku turun kelas, kadang2 tak
turun. Semangat 3 tahun lepas entah ke mana. Sem ni jumpa muka2 baru. Sorang
pon tak kenal. Aku datang training dan balik rumah. Tak ada lagi gurau senda
macam dulu. Kehilangan amat dirasai.
Wajadiri Sabah 2014,
karaoke walkie talkie malam2!
Kami bawak satu pingat gangsa balik. Sepasang pisau
perempuan, kak nurul & mie! Dah lama kak nurul tunggu, Alhamdulillah
rezeki. Waktu tu, hiburan kami cuma walkie talkie yang boleh hubungkan dua
blok. Paling win, pengiring kami kak shikin pon turut join. Nyanyi, karaoke kat
walkie talkie sambil berbalas lagu dengan budak2 laki. Seronoknya bila tak ada
sapa2 tahu empunya suara tapi masing2
tetap layan. Sempoi!
Wajadiri Kuala Lumpur
2015, This is Sirap Bandung!
Cerita baru dalam hidup. Aku ambil keputusan sambung belajar
ke peringkat Sarjana. Terubat rindu kat utem! Bila dapat tahu wajadiri nak
dekat, aku angguk setuju untuk ambil bahagian. Kami banyak berbincang dan
luangkan masa lepak lepas training. Kian hari kian erat, tak sedar bila masing2
sudah punya rasa sayang. Setiap kali lepak, ais dilarang sama sekali. Tapi tuan
presiden selalu ikut tekak dia. Katanya, malam tu je dia nak minum walaupun
semua tahu tu omongan kosong seorang manusia bernama zazmi. Tiap2 malam
training, lari 2 pusingan stadium. Siapa lambat, kena denda. Setiap training
buat kami kenal satu sama lain. Ada orang cakap aku garang, strict. Katanya,
tak boleh sekepala ni. Tapi dia la antara yang paling rapat sekarang. Iza maria
hyun, katanya maria hyun tu sebab pelakon dan drama korea. Apa2 la kau iza.
Heh! Partner aku, Ida. Antara partner yang hebat. Sepasang kasut dan Instinct
seorang kekasih. Lol! Satu malam bila kami rancang nak sambut hari jadi Khalid
dan zaini, nuar siap belikan kek dan jajan. Katanya dia belanja. Hiks! Balik
training, kami buat prank tepi jalan yang konon2 nya kereta Ida rosak depan
gate utem. Si birthday boy pon sibuk dok tilik enjin, kami pon ambil kesempatan
baling tepung dengan telur.
"Lepas ni kalau budak silat mintak tolong, aku tak nak
tolong" (khalid, 2015)
Lepas kejadian ni, kami banyak luangkan masa bersama. Rapat
dan akrab sehingga menimbulkan iri hari pihak lain. Errr.. No komen!
Bila hujung minggu, kami menggolekkan diri atas padang
lipan. Mungkin dah jadi warisan zaman berzaman bila wajadiri. Pernah sekali,
Kami adakan makan2 lepas training. Ayat yang kami takkan lupa sampai bila2.
A : Sedap lah ayam negro ko tu. Boleh buat awek ni!
I : Habis, awek cm ko nak campak mana? Aku tak nak yang secondhand.
A : Erk!
Letusan ketawa memecah suasana. Alhamdulillah kami pulang dengan selamat. Tak
ada siapa2 yang tercekik masa makan.
Hari pertandingan, good luck semua! Tahniah zazmi & nuar
sebab menang perak, sepasang pisau lelaki.
Sebiru hari ini~~
Antara memori yang paling banyak masa wajadiri ni buat aku
lagi sayu bila tahu hakikat yang satu hari nanti akan hadap satu lagi
perpisahan.
Sebiru hari ini,
birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita,
bersama di sini
Seindah hari ini,
indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita,
walau kita kan terpisah
Bukankah hati kita
telah lama menyatu
Dalam tali kisah
persahabatan Illahi
Pegang erat tangan kita
terakhir kalinya
Hapus air mata meski
kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu
kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini
Waktu semakin suntuk, hakikat menerpa lagi. Hati masih tak
mahu melepas pergi. Mungkin kerana sudah sayang, hanya mampu seka air mata
dihujung jari..
Untuk Rahillda
Nadirah Nurizzati,
Terima kasih sebab sudi berkongsi tawa dan menjadi the best
partner dalam wajadiri!
Nurhafizah,
Terima kasih sebab selalu menceriakan hari hari kami dengan
senyuman yang tak pernah padam!
Nurul Ainaa,
Terima kasih sebab mimik muka yang paling epic dan tarian
yang mengagumkan!
Ulfah Nasihah,
Terima kasih untuk memori subway even kita dah jarang jumpa!
Amelia Rosli,
Terima kasih untuk 5 tahun perkenalan kita, susah senang, tangis tawa dan jadi geng merempit!
Ulfah Nasihah,
Terima kasih untuk memori subway even kita dah jarang jumpa!
Amelia Rosli,
Terima kasih untuk 5 tahun perkenalan kita, susah senang, tangis tawa dan jadi geng merempit!
Mohd Zazmi,
Terima kasih sebab sudi gelak bersama walaupun selalu
dibuli, Mantain rambut!
Muhammad Ruzaini,
Terima kasih untuk kejadian yang menceriakan hati kami dan
respect dengan sifat tanggungjawab kau!
Mohd Zhafri,
Terima kasih sebab selalu tolong aku, untuk roti paksen dan semoga berjaya dengan kerjaya!
Fathi Fauzi,
Terima kasih untuk teguran dan nasihat yang berguna!
Selamat tinggal kawan2..
Korang tetap hidup dalam hati aku!
Mohd Zhafri,
Terima kasih sebab selalu tolong aku, untuk roti paksen dan semoga berjaya dengan kerjaya!
Fathi Fauzi,
Terima kasih untuk teguran dan nasihat yang berguna!
Selamat tinggal kawan2..
Korang tetap hidup dalam hati aku!