Selepas 6 bulan tinggalkan uni, akhirnya aku jejak jugak kaki kat sini. Kembali sebagai seorang student. Ya, student. Student yang tak pernah terlintas kat kepala otak aku. Hik.
Hampir dua minggu aku berulang alik dari fakulti ke fakulti demi mendapatkan contengan rawak seorang doktor falsafah yang sering mengelakkan diri dari berjumpa.
Ok, tak. Beliau sibuk gila kelas merata rata.
Sedang berjalan seiring dengan seorang teman yang aku gelar J, aku terserempak dengan seorang Professor yang pernah mengajar kelas kami dulu.
Aku pun tersenyum seraya berkata "Eh, Prof!"
Dia berpaling sambil menunjukkan sebaris gigi yang sudah berusia 60 tahun itu. Aku kehairanan.
"Awat Prof macam tak kenal dengan kita dah?"
"Dia dah ada student baru, lupa lah yang lama" kata J.

Hmm.
Aku imbas kembali. Dulu Prof pernah suruh buat report lab maximum 30 pages. Bila hari kejadian tu, kami dikejutkan dengan lantangan suara dari meja depan.
"Kenapa sikit sangat muka surat report ni? Kan aku suruh buat 50 pages"
Nganga.
"Haah kan. Apa yang dia ajar dalam kelas dulu pon mana dia pernah ingat"
Terima kasih Prof atas ilmu.
Hiks.
No comments:
Post a Comment