Friday, May 29, 2015

Silat bukan sebarang silat

Family.
Orang kata setiap pertemuan akan ada perpisahan. Antara perkara yang aku tak suka sebab diri ini senang untuk sayang orang dan berat nak lepaskan pergi. Kat bumi hang tuah ni, aku mulakan hidup sebagai seorang manusia yang baru nak belajar erti hidup. Jauh dari family kat Sarawak. Silat adalah family kedua yang aku ada kat Melaka. Masa mula2 join silat kat utem, ada orang promote silat cekak hanafi kat dewan besar. Aku pon main daftar je sebab minat tu ada. Ingat lagi masa tu Shafiq Suhaimi yang hulur borang dan bagi aku brooch silat. Benda pertama yang aku dapat dalam silat ni.


Ijazah asas dekat masjid utem.
malam tu aku ada kelas ganti falsafah dan sains teknologi kat pbpi. Aku mintak kebenaran untuk hadir ijazah. Masa tu kak nurul yang ambil aku naik motosikal legend dia dan bawak aku pergi masjid. Kak nurul effort gila nak bagi orang ijazah sampai sanggup ambil. Aku respect. 1st impression untuk budak silat. Bertanggungjawab.


Tahun 1 Sem 1, 2010.
Bila aku turun kelas pertama, aku nampak kakak2 and abang2 senior siap dengan uniform dan tali pinggang. Masa tu kelas setiap isnin dan khamis. Aku tak kenal siapa2 pon masa tu. Partner tiap2 kali kelas semua tak pernah tetap. Satu sebab aku tinggi, tak da siapa nak partner dengan aku. Kah! dan hari isnin hari yang tough bagi aku sebab kelas dari kol 8 pagi sampai 7 malam. Kelas silat pulak kol 8 malam. Habis je bengkel kol 7malam, aku jalan kaki dari fkp ke padang softball nun jauh dibelakang sorang2. Kadang2 ada makcik guard yang ronda bagi aku tumpang motosikal dia. Masa tu aku tak pernah terfikir pon rasa penat berjalan jauh sebab passion untuk belajar silat tu tinggi walaupun sorang2. Balik pon sorang2 jalan kaki dari padang softball ke cafe fke tunggu bas. Rutin setiap isnin. Masuk peringkat lain, aku kenal beberapa kawan walaupun tak rapat. Tapi tak lama lepas aku tahu rumet aku, kak sai ahli silat jugak, aku rasa seronok sebab ada orang sudi jugak nak berbual dengan aku.  Dan bila lama aku tak datang kelas sebab demam, aku banyak ketinggalan buah.  Budak2 yang sama batch dah pergi ke peringkat lain. Tinggallah aku sorang2 peringkat tu je. Aku ingat lagi senior pertama yang tegur aku, izmi hasnan. Dia je yang Tanya aku kenapa lama x datang. Masa tu terharu sebab ada orang ambil tahu. Rasa dihargai. Lol.


1st partner and always my best partner.
dan aku ada partner yang sampai sekarang stay walaupun dia dah keje kat Johor sekarang. Noor Amera. Aku panggil dia amer. Amer ni la yang paling sabar mengajar even selalu kena sepak tumbuk terajang dengan aku. Rasa nak menangis pon ada. Haha!


Silat dan jeans.
Pernah sekali aku dating kelas tapi lupa nak bawak baju tukar. Aku redah je datang kelas dengan tshirt dan seluar jeans walaupun malu. Kah! Izmi hasnan gelakkan aku. Cis! Masa tu Abg Nazir masih jaga kelas kat utem dan siap kutip pin tudung aku yang jatuh. Dia kata kalau aku tak buat buah betul2, dia x bagi balik kerongsang aku tu. Nasib baik dapat balik habis kelas. Kehkeh!


Wajadiri Melaka 2011, Si Jantung Hati.
Kejohanan wajadiri Melaka 2011, utem jadi tuan rumah. Aku belum lagi tamat masa tu. Tapi kak sai ajak jadi Ajk untuk program tu. Ajk keselamatan. Yang pakai macam vess kuning terang tu. Kah! Lepas wajadiri tu, budak2 silat buat bbq kat Tanjung Bidara. Masa tu hari jadi Azam Ahmad, antara senior yang aku paling rapat. Dan kat sini jugak aku jumpa jodoh dengan tunang aku sekarang, Mohamad Fahmi.  Mungkin berkat ayam perapan Abang Man tu penuh kasih sayang sampai mampu mengikat dua hati. Pfffttttt. Haha!


Wajadiri Negeri Sembilan 2012, 5 Emas 1 Gangsa & Pesilat terbaik!
Lepas dari bbq tu, aku mula rapat dengan yang lain. Dah boleh kuar tanduk masing2 dah. Wajadiri pertama aku join kat utem, Kami banyak menang. Aben cakap bas berat balik Melaka, sebab bawak emas balik banyak sangat. Dan Aben, si apek cina pendek yang selalu cari pasal nak bergadoh. Partner dia, nanamichi kachibana, Nazrin yang menang pesilat terbaik. Lepas wajadiri negeri Sembilan, ramai yang dah final semester. Ramai yang pergi tinggalkan utem. Fahmi yasin, senior mulut longkang (bukan aku cakap) yang banyak tolong aku pasal projek, ajar buat litar untuk product kebanggaan aku. Hee! Izzat Afandi & Azam Ahmad yang tinggal beberapa lorong dari rumah aku dulu, yang banyak tolong dan ambil berat sampai sekarang. Kalau dorang takda, tak tahu la berapa kilo berat aku. Lol! Kak ila yang sempoi, baik gila. Tumbukan paling padu aku pernah dapat dari dia. Tak lupa Faiz, paan, kak zera, kak fifi, shah, aj, apis, ab, eka, ayu, alia, ani, fyqa, zhafri, kak sai. Lepas habis batch ni, padang softball tak semeriah dulu. Kadang2 sunyi tak ada orang pon turun kelas.... .....sebab kelas cancel. Hehe. Perpisahan pertama yang aku hadap. Semangat hilang sikit demi sikit.


Pelapis baru.
Final semester degree. Kadang2 aku turun kelas, kadang2 tak turun. Semangat 3 tahun lepas entah ke mana. Sem ni jumpa muka2 baru. Sorang pon tak kenal. Aku datang training dan balik rumah. Tak ada lagi gurau senda macam dulu. Kehilangan amat dirasai.


Wajadiri Sabah 2014, karaoke walkie talkie malam2!
Kami bawak satu pingat gangsa balik. Sepasang pisau perempuan, kak nurul & mie! Dah lama kak nurul tunggu, Alhamdulillah rezeki. Waktu tu, hiburan kami cuma walkie talkie yang boleh hubungkan dua blok. Paling win, pengiring kami kak shikin pon turut join. Nyanyi, karaoke kat walkie talkie sambil berbalas lagu dengan budak2 laki. Seronoknya bila tak ada sapa2 tahu empunya suara  tapi masing2 tetap layan. Sempoi!


Wajadiri Kuala Lumpur 2015, This is Sirap Bandung!
Cerita baru dalam hidup. Aku ambil keputusan sambung belajar ke peringkat Sarjana. Terubat rindu kat utem! Bila dapat tahu wajadiri nak dekat, aku angguk setuju untuk ambil bahagian. Kami banyak berbincang dan luangkan masa lepak lepas training. Kian hari kian erat, tak sedar bila masing2 sudah punya rasa sayang. Setiap kali lepak, ais dilarang sama sekali. Tapi tuan presiden selalu ikut tekak dia. Katanya, malam tu je dia nak minum walaupun semua tahu tu omongan kosong seorang manusia bernama zazmi. Tiap2 malam training, lari 2 pusingan stadium. Siapa lambat, kena denda. Setiap training buat kami kenal satu sama lain. Ada orang cakap aku garang, strict. Katanya, tak boleh sekepala ni. Tapi dia la antara yang paling rapat sekarang. Iza maria hyun, katanya maria hyun tu sebab pelakon dan drama korea. Apa2 la kau iza. Heh! Partner aku, Ida. Antara partner yang hebat. Sepasang kasut dan Instinct seorang kekasih. Lol! Satu malam bila kami rancang nak sambut hari jadi Khalid dan zaini, nuar siap belikan kek dan jajan. Katanya dia belanja. Hiks! Balik training, kami buat prank tepi jalan yang konon2 nya kereta Ida rosak depan gate utem. Si birthday boy pon sibuk dok tilik enjin, kami pon ambil kesempatan baling tepung dengan telur.


"Lepas ni kalau budak silat mintak tolong, aku tak nak tolong" (khalid, 2015)


Lepas kejadian ni, kami banyak luangkan masa bersama. Rapat dan akrab sehingga menimbulkan iri hari pihak lain. Errr.. No komen!
Bila hujung minggu, kami menggolekkan diri atas padang lipan. Mungkin dah jadi warisan zaman berzaman bila wajadiri. Pernah sekali, Kami adakan makan2 lepas training. Ayat yang kami takkan lupa sampai bila2.

A : Sedap lah ayam negro ko tu. Boleh buat awek ni!
I : Habis, awek cm ko nak campak mana? Aku tak nak yang secondhand.
A : Erk!

Letusan ketawa memecah suasana.  Alhamdulillah kami pulang dengan selamat. Tak ada siapa2 yang tercekik masa makan.
Hari pertandingan, good luck semua! Tahniah zazmi & nuar sebab menang perak, sepasang pisau lelaki.


Sebiru hari ini~~

Antara memori yang paling banyak masa wajadiri ni buat aku lagi sayu bila tahu hakikat yang satu hari nanti akan hadap satu lagi perpisahan.

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan Illahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Waktu semakin suntuk, hakikat menerpa lagi. Hati masih tak mahu melepas pergi. Mungkin kerana sudah sayang, hanya mampu seka air mata dihujung jari..

Untuk Rahillda Nadirah Nurizzati,
Terima kasih sebab sudi berkongsi tawa dan menjadi the best partner dalam wajadiri!

Nurhafizah,
Terima kasih sebab selalu menceriakan hari hari kami dengan senyuman yang tak pernah padam!

Nurul Ainaa,
Terima kasih sebab mimik muka yang paling epic dan tarian yang mengagumkan!

Ulfah Nasihah,
Terima kasih untuk memori subway even kita dah jarang jumpa!

Amelia Rosli,
Terima kasih untuk 5 tahun perkenalan kita, susah senang, tangis tawa dan jadi geng merempit!

Mohd Zazmi,
Terima kasih sebab sudi gelak bersama walaupun selalu dibuli, Mantain rambut!

Muhammad Ruzaini,
Terima kasih untuk kejadian yang menceriakan hati kami dan respect  dengan sifat tanggungjawab kau!

Mohd Zhafri,
Terima kasih sebab selalu tolong aku, untuk roti paksen dan semoga berjaya dengan kerjaya!

Fathi Fauzi,
Terima kasih untuk teguran dan nasihat yang berguna!



Selamat tinggal kawan2..
Korang tetap hidup dalam hati aku!

No comments:

Post a Comment