Sunday, January 4, 2015

Dua Kosong Satu Lima

Genap 4 minggu memegang gelaran student RA.

Bengkel dan Latihan makmal bagaikan sudah hadam. Sebati dan bersemadi dalam diri.

Ping!

Email dari Prof mengejutkan lamunan aku yang sudah menyimpang jauh ke dunia ciptaan sendiri. Aku buka dan membaca dengan teliti setiap perkataan.


"Sila berjumpa dengan saya ASAP"


Aku dan J berlari anak menaiki tangga bangunan 2 tingkat itu. 

Mengah. 

Belum sempat mengetuk pintu, Prof mengarahkan kami masuk dan duduk sementara dia menyiapkan baki kerja. Aku perhatikan saja tingkah laku beliau.

"Tolong baca ni" sambil beliau hulurkan satu helaian kertas yang aku kira sebagai surat faks dari pihak atasan.

"Bengkel hari tu kena buat laporan ke??"

"Haa. Nanti korang buat ye. Pastu hantar sebelum minggu depan" Jawab beliau.

"Tapi Prof, saya pergi attend bengkel hari tu pakai geran Dr suriati"

"Ouh yeke. Kalau macam tu kau sorang la yang buat" 

Surat bertukar tangan dan disambut oleh J. Aku senyum.

"Aku rileks bai. Tak payah buat report.." bisikku kepada J sambil mengukir senyuman sinis.

"Senyum apa? Jumpa Dr Suriati nanti pasal report ni"

Senyuman mati. Giliran J membalas.

Sebaik keluar dari bilik Prof, aku terus menghantar pesanan ringkas kepada Dr Suriati.




Selamat Tahun Baru semua :)





No comments:

Post a Comment